FAQ IBADAH AKIKAH
HUKUM HAKAM & KEUTAMAAN
1. APA ITU AKIKAH ?
Akikah ialah ibadah sembelihan haiwan ternakan yang disembelih pada hari ke-7 kelahiran bayi. Daripada Samurah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
الْغُلاَمُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ وَيُسَمَّى وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ
Maksudnya: “Bayi itu tertebus dengan akikahnya. Disembelih akikah pada hari ke-7 kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya”
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi – No. Hadith 1522)
Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari berkata: “Jika tidak disembelih akikah pada hari yang ketujuh, maka hendaklah disembelih pada hari yang ke-14. Jika tidak disembelih pada hari yang keempat belas maka hendaklah disembelih pada hari yang ke-21” (Sabil Al-Muhtadin, MS 233: Edisi Jawi / MS 71: Edisi Rumi)
2. APA HUKUM MELAKSANAKAN AKIKAH?
Hukum melaksanakan ibadah akikah ialah SUNNAH MU’AKKADAH (sunat yang sangat dituntut melakukannya). Hal ini berdasarkan pendapat yang kuat dalam mazhab As-Syafie iaitu hukum melaksanakan akikah ialah Sunnah Mu’akkadah (sunat yang sangat dituntut) (Al-Fiqh Al-Manhaji ‘ala Mazhab Al-Imam Asy-Syafie, Jilid 1 / MS 487)
3. KENAPA PERLU LAKSANAKAN AKIKAH?
Kerana ibadah akikah merupakan suatu tanggungjawab ibu bapa untuk menunaikan hak terhadap anak yang dilahirkannya. Daripada Samurah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
الْغُلاَمُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ وَيُسَمَّى وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ
Maksudnya: “Bayi itu tertebus dengan akikahnya. Disembelih akikah pada hari ke-7 kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya”
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi – No. Hadith 1522)
4. ADAKAH AKIKAH AMALAN TRADISI DAN ADAT RESAM MELAYU?
Tidak. Akikah bukanlah amalan tradisi atau adat resam orang melayu, bahkan ia merupakan ibadah dan sunnah Nabi SAW, malah baginda sendiri melaksanakannya ke atas cucundanya iaitu Hassan & Husain R.Anhuma. Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَقَّ عَنِ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ كَبْشًا كَبْشًا
Maksudnya: “Bahawasanya Rasulullah SAW mengakikahkannya untuk cucunya Hassan dan Hussain dengan seekor kambing (kibash) seekor setiap seorang”
(Hadith Riwayat Abi Daud – No. Hadith 2841)
5. APAKAH HIKMAH & KELEBIHAN AKIKAH?
- Menghindari anak dari terkena penyakit
- Menghindari anak dari gangguan syaitan
- Membantu menyokong tumbesaran dan minda anak
- List Mendapat pahala menghidupkan sunnah Nabi Muhammad SAW
6. SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB LAKSANAKAN AKIKAH?
Ibadah akikah adalah tanggungjawab wali (Ibu bapa/penjaga) anak tersebut. Jika sekiranya ibu bapa telah meninggal dunia (sebelum sempat mengakikahkan anaknya), maka datuk, bapa saudara atau penjaga anak tersebut bertanggungjawab untuk melaksanakannya.
IBU BAPA:
Daripada Samurah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
الْغُلاَمُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ وَيُسَمَّى وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ
Maksudnya: “Bayi itu tertebus dengan akikahnya. Disembelih akikah pada hari ke-7 kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya”
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi – No. Hadith 1522)
DATUK:
Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَقَّ عَنِ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ كَبْشًا كَبْشًا
Maksudnya: “Bahawasanya Rasulullah SAW mengakikahkan untuk cucunya Hassan dan Hussain dengan seekor kambing (kibash) seekor setiap seorang”
(Hadith Riwayat Abi Daud – No. Hadith 2841)
PENJAGA:
Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari berkata: “Orang yang disunatkan mengerjakan akikah kanak-kanak ialah orang yang wajib menafkahkannya iaitu penjaganya mengikut kemampuannya”.
(Sabil Al-Muhtadin, MS 233: Edisi Jawi)
7.BOLEHKAH LAKSANAKAN AKIKAH UNTUK DIRI SENDIRI SETELAH DEWASA?
Boleh, malah sunat hukumnya bagi seseorang dewasa yang belum diakikahkan, maka dia boleh melaksanakan akikah untuk dirinya sendiri.
1. Imam Ahmad, Al-Bazzar dan At-Tabarani telah meriwayatkan tentang hadith Nabi SAW melakukan akikah untuk dirinya setelah dilantik menjadi Rasul, berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi:
ان النبى صلى عليه وسلم عق عن نفسه بعد النبوة
Maksudnya: “Bahawasanya Nabi SAW melakukan akikah untuk dirinya sendiri setelah dilantik menjadi Nabi” (Sabil Al-Muhtadin, MS 233: Edisi Jawi)
Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari berkata: “Sunat mengerjakan akikah untuk dirinya (setelah dewasa) kerana memperolehi semula barang yang luput (kemampuan)”. Hal ini berdasarkan pandangan Al-Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam Tuhfah Al-Muhtaj. (Sabil Al-Muhtadin, MS 233: Edisi Jawi)
3. Dipetik daripada Al-Kafi li Al-Fatawa, menyatakan bahawa: “Sunat hukumnya untuk seseorang yang dewasa yang belum diakikahkan untuk mengakikahkan dirinya sendiri sebagai tanda syukur kepada Allah atas nikmat kehidupan yang diberikan-Nya” (AL-KAFI #633: HUKUM AQIQAH BAGI DIRI SENDIRI) https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/787-al-kafi-633-hukum-aqiqah-bagi-diri-sendiri
8. BOLEHKAH ORANG LAIN (SELAIN YANG PATUT BERTANGGUNGJAWAB) LAKSANAKAN AKIKAH SI ANAK?
Jika sekiranya ibu bapa / penjaga kepada anak tersebut kurang berkemampuan atau tidak mampu untuk melakukannya atas sebab-sebab tertentu, maka pihak lain boleh mengakikahkan anaknya, tetapi ia mestilah mendapat keizinan daripada ibu bapanya. Tiada dalil yang melarang untuk melakukan demikian. Bahkan hal ini dikiaskan kepada hadith tentang perbuatan Nabi SAW yang mengakikahkan dua orang cucunya iaitu Sayyidina Hassan dan Hussain Radhiallahu ‘anhuma. Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَقَّ عَنِ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ كَبْشًا كَبْشًا
Maksudnya: “Bahawasanya Rasulullah SAW mengakikahkan untuk cucunya Hassan dan Hussain dengan seekor kambing (kibash) seekor setiap seorang” (Hadith Riwayat Abi Daud – No. Hadith 2841)
9.BOLEHKAH / SAHKAH LAKSANAKAN AKIKAH UNTUK PESERTA YANG:
- BELUM MEMPUNYAI NAMA?
- SALAH EJAAN NAMA?
- BERTUKAR NAMA?
- BELUM BERDAFTAR?
Boleh, kerana nama bukanlah syarat sah sembelihan akikah, ia adalah tertakluk kepada niat sahaja. Meletakkan nama ketika mendaftar akikah itu hanya urusan dokumentasi, ia tidak menjejaskan niat untuk melaksanakan akikah tersebut.
10. KENAPA TAK SEBUT NAMA PESERTA KETIKA MENYEMBELIH?
Memadai niat akikah / korban dari pihak peserta sahaja, kerana menyebut nama ketika sembelih bukanlah syarat sah sembelihan tersebut. Penyembelih tidak wajib menyebut nama ketika menyembelih. Hal ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Dr Wahbah al-Zuhaili di dalam kitabnya:
وليس على الوكيل ان يقول عند الذبح عمن لأن النية تجزئ
Maksudnya: “Mereka yang menjadi wakil dalam sembelihan tidak wajib menyebut nama pemilik korban ketika sembelihan berlaku. Kerana memadai dengan niat daripada pemilik korban” (Rujuk: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 4/2737) Begitu juga, fatwa Al-Imam al-Nawawi di dalam karyanya:
ولو وكله ونوى عند ذبح الوكيل كفى ذلك ولا حاجة الى نية الوكيل بل لو لم يعلم الوكيل انه مضح لم يضر
Maksudnya: “Jika dia mewakilkan dan dia niat ketika berlaku sembelihan, maka sudah memadai niat itu. Tidak perlu kepada niat wakil sekalipun wakil itu tidak tahu bahawa dia adalah orang yang berkorban, ini tidak memudaratkan (hukum tetap sah)” (Rujuk: al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 8/406)
11. BOLEHKAH LAKSANAKAN AKIKAH UNTUK ORANG YANG TELAH MENINGGAL DUNIA?
SUNNAH MUAKKADAH:
Boleh, malah sunat hukumnya melaksanakan akikah ke atas bayi / seseorang yang telah meninggal dunia, jika ia belum sempat diakikahkan semasa hayatnya.
SUNAT (Selepas Lahir):
Fatwa Mufti Wilayah menyatakan bahawa: “Jika seorang anak itu lahir kemudian meninggal dunia sebelum sempat hari ke-7 kelahirannya, maka disunatkan untuk dilaksanakan ibadah akikah ke atasnya sepertimana disunatkan ke atas orang yang hidup. Ini merupakan pendapat yang dipegang dalam mazhab As-Syafie”(AL-KAFI #1570)
SUNAT (Sebelum Lahir):
“Jika janin gugur setelah tempoh empat bulan atau lebih, maka disunatkan akikah ke atasnya” (AL-KAFI #1570)
HARUS (Sebelum cukup 4 bulan usia kandungan):
“Jika janin gugur sebelum cukup tempoh empat bulan, maka tidak disunatkan akikah ke atasnya, kerana ia diibaratkan sebagai objek” (AL-KAFI #1570: HUKUM AQIQAH TERHADAP ANAK YANG TELAH MENINGGAL DUNIA)
https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4090-al-kafi-1570-hukum-aqiqah-terhadap-anak-yang-telah-meninggal-dunia
12. APAKAH JENIS HAIWAN AKIKAH UNTUK ANAK LELAKI DAN PEREMPUAN?
KAMBING:
Sunat menyembelih akikah dengan haiwan kambing
- a. Lelaki – 2 ekor kambing
- b. Perempuan – 1 ekor kambing
Tetapi, boleh juga melaksanakan akikah dengan haiwan ternakan yang diharuskan bagi ibadah korban seperti lembu dan unta berdasarkan Qiyas dan Fatwa ulamak dalam mazhab As-Syafie. Ummu Al-Mu’minin Saiyidatina Aisyah R.Anha:
Maksudnya: “Kami diperintahkan oleh Rasulullah SAW supaya melaksanakan akikah untuk bayi lelaki dengan 2 ekor kambing yang bersamaan kedua-duanya, dan bayi perempuan dengan seekor kambing” (Hadith Riwayat At-Tirmidzi – No. Hadith 1513)
DALIL AKIKAH LEMBU:
Berkata Imam An-Nawawi Rahimahullah: ُ
Maksudnya: “Mazhab kami (iaitu As-Syafi`e), dibolehkan akikah apa yang dibolehkan dengannya sembelihan korban dari jenis unta, lembu dan kambing dan ini adalah pendapat Anas bin Malik dan Malik bin Anas” (Al-Majmu` Syarh al-Muhazzab – 8/448) Fatwa Imam Ibnu Hajar Al-Haitami Rahimahullah:
Maksudnya: “Sekiranya disembelih unta atau lembu untuk 7 bahagian bagi sebab-sebab darinya untuk korban dan akikah manakala bakinya untuk kaffarat bagi bercukur ketika ibadah haji maka sah hukumnya” (Al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra. Al-Maktabah al-Islamiyyah, 4/256)
13.HAIWAN MANA YANG LEBIH BAIK UNTUK AKIKAH? KAMBING ATAU BAHAGIAN LEMBU LEBIH BAIK?
Keutamaan haiwan bagi ibadah akikah ialah kambing, berdasarkan dalil yang kuat dan pandangan majoriti ulama dalam mazhab As-Syafie & beberapa mazhab yang lain. Manakala pilihan seterusnya ialah haiwan ternakan yang dibolehkan untuk pelaksanaan ibadah korban iaitu lembu dan unta berdasarkan pandangan Al-Imam An-Nawawi dalam kitab Al-Majmu’ & Al-Imam Ibnu Hajar Al-Haitami dalam kitab Fatawa Al-Kubra Al-fiqhiyyah. Saiyidina Aisyah RA berkata:
أن رسول الله -صلى الله عليه وسلم- أمرهم أن يُعَقَّ عن الغُلَامِ شَاتَانِ مُكَافِئَتَانِ، وعن الْجَارِيَةِ شَاةٌ
Maksudnya: “Kami diperintahkan oleh Rasulullah SAW supaya melaksanakan akikah untuk bayi lelaki dengan 2 ekor kambing yang bersamaan kedua-duanya, dan bayi perempuan dengan seekor kambing” (Hadith Riwayat At-Tirmidzi – No. Hadith 1513)
14. BOLEHKAH LAKSANAKAN AKIKAH UNTUK ANAK LELAKI DENGAN SEEKOR KAMBING SAHAJA?
Boleh, kerana Rasulullah SAW mengakikahkan kedua cucunya Hassan & Hussain R.Anhuma dengan dua ekor kibash (seekor kibash setiap seorang). Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَقَّ عَنِ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ كَبْشًا كَبْشًا
Maksudnya: “Bahawasanya Rasulullah SAW mengakikahkan untuk cucunya Hassan dan Hussain dengan seekor kambing (kibash) seekor setiap seorang.” (Hadith Riwayat Abi Daud – No. Hadith 2841)
15. BOLEHKAH LAKSANAKAN AKIKAH UNTUK ANAK LELAKI DENGAN SEEKOR KAMBING DAHULU, DAN SEEKOR KAMBING LAGI PADA MASA YANG LAIN?
Boleh, tidak semestinya 2 ekor kambing sekaligus. Akan tetapi, jika sudah berkemampuan, hendaklah disempurnakan sembelihan akikah tersebut sesegera yang boleh, apatah lagi jika ianya telah diniatkan.
16. BOLEHKAH LAKSANAKAN AKIKAH UNTUK ANAK LELAKI LEBIH DARI 2 EKOR KAMBING DAN UNTUK ANAK PEREMPUAN LEBIH DARI SEEKOR KAMBING?
Boleh. Lebih banyak haiwan akikah yang disembelih, maka lebih besar ganjarannya kerana lebih ramai yang menerima manfaatnya.
17. BOLEHKAH LAKSANAKAN AKIKAH DENGAN BAHAGIAN LEMBU?
Harus melaksanakan akikah dengan bahagian lembu dan hukum pelaksanaan masih dikira Sunnah Mu’akkadah. Berkata Imam An-Nawawi Rahimahullah:
Maksudnya: “Mazhab kami (iaitu al-Syafi`e), dibolehkan akikah apa yang dibolehkan dengannya sembelihan korban dari jenis unta, lembu dan kambing dan ini adalah pendapat Anas bin Malik dan Malik bin Anas” (Al-Majmu` Syarh al-Muhazzab – 8/448) Fatwa Imam Ibnu Hajar Al-Haitami Rahimahullah:
Maksudnya: “Sekiranya disembelih unta atau lembu untuk 7 bahagian bagi sebab-sebab darinya untuk korban dan akikah manakala bakinya untuk kaffarat bagi bercukur ketika ibadah haji maka sah hukumnya” (Al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra. Al-Maktabah al-Islamiyyah, 4/256)
18. SEEKOR LEMBU AKIKAH BERSAMAAN BERAPA ORANG PESERTA?
Minimum untuk seorang dan maksimum untuk 7 orang peserta sahaja.
Fatwa Imam Ibnu Hajar Al-Haitami Rahimahullah:
Maksudnya: “Sekiranya disembelih unta atau lembu untuk 7 bahagian bagi sebab-sebab darinya untuk korban dan akikah manakala bakinya untuk kaffarat bagi bercukur ketika ibadah haji maka sah hukumnya” (Al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra. Al-Maktabah al-Islamiyyah, 4/256)
19. BOLEHKAH BERKONGSI TUJUH PESERTA (BAHAGIAN) AKIKAH UNTUK SEEKOR LEMBU?
Boleh. Fatwa Imam Ibnu Hajar Al-Haitami Rahimahullah:
Maksudnya: “Sekiranya disembelih unta atau lembu untuk 7 bahagian bagi sebab-sebab darinya untuk korban dan akikah manakala bakinya untuk kaffarat bagi bercukur ketika ibadah haji makan sah hukumnya” (Al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra. Al-Maktabah al-Islamiyyah, 4/256)
20. BOLEHKAH BERKONGSI LEBIH TUJUH PESERTA (BAHAGIAN) AKIKAH UNTUK SEEKOR LEMBU? BOLEHKAH BERKONGSI LEBIH SATU NAMA PESERTA UNTUK SATU BAHAGIAN LEMBU?
Tidak boleh. Dan kami juga tidak menyediakan perkhidmatan lebih dari satu nama untuk satu penyertaan akikah. Fatwa Imam Ibnu Hajar Al-Haitami Rahimahullah:
Maksudnya: “Sekiranya disembelih unta atau lembu untuk 7 bahagian bagi sebab-sebab darinya untuk korban dan akikah manakala bakinya untuk kaffarat bagi bercukur ketika ibadah haji makan sah hukumnya” (Al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra. Al-Maktabah al-Islamiyyah, 4/256)
21. BOLEHKAH DICAMPURKAN AKIKAH & KORBAN UNTUK SEEKOR LEMBU? (CONTOH: 4 BAHAGIAN UNTUK AKIKAH + 3 BAHAGIAN UNTUK KORBAN
MENGIKUT HUKUM DIBOLEHKAN TETAPI TIDAK DIGALAKKAN
Fatwa Mufti Wilayah menyatakan bahawa: “Sekiranya seseorang itu mampu, maka yang terbaiknya adalah dengan mengasingkan setiap satu daripada ibadah tersebut tanpa berlakunya perkongsian (korban dan akikah disekalikan) dan itu bagi kami adalah yang terbaik untuk keluar daripada khilaf”
IRSYAD AL-FATWA : https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-haji-korban/1070-irsyad-al-fatwa-haji-dan-korban-siri-5-hukum-berkongsi-korban-dan-aqiqah-pada-sembelihan-lembu-unta-yang-sama
DARI PIHAK KAMI TIDAK AKAN MENERIMA PENYERTAAN AKIKAH & KORBAN (BERCAMPUR BAHAGIAN) SECARA SERENTAK UNTUK SEEKOR LEMBU KERANA IA AKAN MENYUKARKAN PROSES PENDAFTARAN DAN PELAKSANAAN. PILIHAN YANG PALING TERBAIK MESTILAH DIASINGKAN ANTARA KEDUA IBADAH INI KERANA IANYA MERUPAKAN NIAT YANG BERBEZA.
22. BERAPA BAHAGIAN LEMBU UNTUK ANAK LELAKI DAN ANAK PEREMPUAN?
Anak lelaki : 2 bahagian lembu Anak perempuan : 1 bahagian lembu Hal ini berdasarkan dalil Qiyas kepada hadith akikah dengan kambing. Sepertimana yang telah diriwayatkan oleh Ummu Al-Mu’minin Saiyidatina Aisyah R.Anha:
أمرهم أن يُعَقَّ عن الغُلَامِ شَاتَانِ مُكَافِئَتَانِ، وعن الْجَارِيَةِ شَاةٌ
Maksudnya: “Kami diperintahkan oleh Rasulullah SAW supaya melaksanakan akikah untuk bayi lelaki dengan 2 ekor kambing yang bersamaan kedua-duanya, dan bayi perempuan dengan seekor kambing” (Hadith Riwayat At-Tirmidzi – No. Hadith 1513)
23. BOLEHKAH LAKSANAKAN AKIKAH UNTUK ANAK LELAKI DENGAN SATU BAHAGIAN LEMBU SAHAJA?
Boleh. Hal ini berdasarkan dalil Qiyas kepada hadith Nabi SAW mengakikahkan cucunya dengan seekor kambing setiap seorang. Sepertimana yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَقَّ عَنِ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ كَبْشًا كَبْشًا
Maksudnya: “Bahawasanya Rasulullah SAW mengakikahkan untuk cucunya Hassan dan Hussain dengan seekor kambing (kibash) seekor setiap seorang” (Hadith Riwayat Abi Daud – No. Hadith 2841)
24. BOLEHKAH LAKSANAKAN AKIKAH UNTUK ANAK LELAKI DENGAN SATU BAHAGIAN LEMBU DAHULU, DAN SATU BAHAGIAN LEMBU LAGI PADA MASA YANG LAIN?
Boleh.
25. BOLEHKAH LAKSANAKAN AKIKAH UNTUK ANAK LELAKI LEBIH DARI 2 BAHAGIAN LEMBU DAN UNTUK ANAK PEREMPUAN LEBIH DARI SATU BAHAGIAN LEMBU?
Boleh. Lebih banyak haiwan akikah yang disembelih, maka lebih besar ganjarannya kerana lebih ramai yang menerima manfaatnya.
26. BOLEHKAH LAKSANAKAN AKIKAH UNTUK ANAK LELAKI DENGAN SEEKOR KAMBING DAN SATU BAHAGIAN LEMBU?
Boleh. Akan tetapi waktu dan lokasi sembelihannya berkemungkinan berbeza kerana syarat bagi sembelihan akikah bahagian lembu mestilah cukup 7 bahagian.
27. KENAPA ADA BUAT AKIKAH DENGAN KAMBING DAN BAHAGIAN LEMBU? TAK MENGELIRUKAN? SUNNAH DENGAN KAMBING SAHAJA KAN?
Hukum & dalil asal haiwan sembelihan akikah ialah dengan kambing sahaja. Tetapi dalam masa yang sama, terdapat juga fatwa yang mengharuskan pelaksanaan akikah dengan bahagian lembu. Berkata Imam An-Nawawi Rahimahullah:
Maksudnya: “Mazhab kami (iaitu As-Syafi`e), dibolehkan akikah apa yang dibolehkan dengannya sembelihan korban dari jenis unta, lembu dan kambing dan ini adalah pendapat Anas bin Malik dan Malik bin Anas” (Al-Majmu` Syarh al-Muhazzab – 8/448)
INFO PENGURUSAN
28. DI MANAKAH TEMPAT PELAKSANAAN AKIKAH?
Tekad Kasih Management melaksanakan Ibadah Akikah di luar negara. Antara negara-negara pelaksanaan ialah di (ASIA) Kemboja, Sri Lanka, Bangladesh, Arab Saudi, Indonesia, (AFRIKA) Burkina Faso, Chad, Ghana, Kenya dan Uganda
29. JANTINA HAIWAN AKIKAH JANTAN ATAU BETINA?
Kedua-duanya. Cuma kebiasaannya pihak kami akan menyembelih akikah dengan haiwan jantan. Jantina haiwan bukanlah menjadi syarat sama ada akikah tersebut sah atau tidak.
30. BERAPA HAD UMUR HAIWAN SEMBELIHAN AKIKAH?
Saiz KAMBING mengikuti piawaian & syarat haiwan yang boleh diakikahkan iaitu:
- Kambing : 2 tahun
- Biri-biri : 1 tahun @ sudah bersalin gigi)
- Tidak cacat & tidak berpenyakit
Saiz LEMBU mengikuti piawaian & syarat haiwan yang boleh diakikahkan iaitu:
- Lembu : 2 tahun
- Tidak cacat & tidak berpenyakit
31. BERAPA BERAT (SAIZ) HAIWAN AKIKAH?
AKIKAH KAMBING MEKAH:
Saiz & berat kambing akikah adalah berbeza mengikut baka dan sosio-budaya bagi setiap tempat (negara) pelaksanaan.
BERAT HIDUP: 18-28KG
BERAT BERSIH: 9-14KG
AKIKAH LEMBU EKONOMI:
Saiz & berat lembu akikah adalah berbeza mengikut baka dan sosio-budaya bagi setiap tempat pelaksanaan.
BERAT HIDUP: 180-250KG
BERAT BERSIH: 90-125KG
32. APA JENIS BAKA HAIWAN AKIKAH?
AKIKAH KAMBING MEKAH:
Di Tekad Kasih kami menawarkan haiwan jenis kambing & biri-biri dalam kategori yang sama bagi pakej Akikah Mekah. Dan baka tertakluk kepada bekalan di negara tersebut.
KAMBING: BOER, JAMNAPARI, DAMARA & KATJANG BIRI-BIRI: DORPER & MERINO
AKIKAH LEMBU EKONOMI:
Di Tekad Kasih kami menawarkan haiwan lembu bagi pakej Akikah Ekonomi dan baka tertakluk kepada bekalan di negara tersebut.
BRAHMA, ANKOLE, WATUSI
33. BOLEHKAH BUAT AKIKAH PERMINTAAN DENGAN BAHAGIAN LEMBU?
Boleh, hanya pendaftaran akikah dengan 7 bahagian (seekor lembu). Jika berminat, pendaftaran perlu dibuat selewat-lewatnya 2 hari sebelum tarikh permintaan.
34. MENGAPA HARGA AKIKAH DI LUAR NEGARA LEBIH MURAH?
MENGAPA HARGA AKIKAH DALAM NEGARA LEBIH MAHAL?
Kami membeli haiwan ternakan di negara-negara pembiak lembu & kambing. Dan kebiasaannya kami membeli secara terus dari penternak dan akan berlaku penawaran jika dibeli dalam kuantiti yang banyak. Manakal di Malaysia bukanlah negara pembiak haiwan lembu dan kambing secara besar-besaran. Kebanyakkan haiwan diimport dari luar negara. Itulah yang menyebabkan harganya lebih tinggi berbanding luar negara.
35. BOLEHKAH PENDAFTAR/PESERTA MEMILIH TEMPAT PELAKSANAAN?
Peserta tidak digalakkan memilih tempat pelaksanaan Tempat pelaksanaan akan ditentukan oleh pihak pengurusan mengikut pakej yang dipilih oleh peserta dan keperluan setiap tempat. Ini bagi mengelakkan berlaku lambakan haiwan sembelihan. Kebiasaannya kami akan melaksanakan akikah di negara-negara berkenaan, antaranya di (ASIA) Cambodia, Sri Lanka, Bangladesh, Indonesia, Arab Saudi (AFRIKA) Burkina Faso, Chad, Ghana, Kenya dan Uganda.
36. BILAKAH PELAKSANAAN AKIKAH DIJALANKAN?
AKIKAH BUKAN PERMINTAAN:
KAMBING:
Akan dilaksanakan dalam tempoh maksimum 10 hari daripada tarikh pendaftaran.
LEMBU:
Akan dilaksanakan setelah cukup 7 bahagian lembu
AKIKAH PERMINTAAN:
Akikah permintaan akan dilaksanakan mengikut tarikh yang dipilih oleh pelanggan selewat-lewatnya 2 hari sebelum tarikh yang diminta.
37. DAGING AKIKAH DIMASAK ATAU DIAGIH MENTAH?
Tertakluk kepada situasi dan penduduk masyarakat setempat. Kebiasaannya daging Akikah akan diagihkan secara mentah. Jika ada keperluan untuk menganjurkan sesuatu program, maka sebahagian daging tersebut akan dimasak.
38. ADAKAH MEMADAI AKAD MELALUI BORANG/TELEFON SAHAJA?
Ya memadai. Transaksi yang berlaku ada ijab dan qabul, iaitu persetujuan antara pembeli dan penjual samada secara lafaz ataupun melalui tulisan. Terdapat bacaan akad pada borang Tekad Kasih Management
39. SIAPAKAH YANG URUS DAN MEMANTAU PROSES SEMBELIHAN DI LUAR NEGARA SEPANJANG MUSIM COVID-19?
Kami telah melantik wakil tetap yang mengurus dan memantau sembelihan di luar negara mengikut SOP sembelihan yang telah ditetapkan oleh Tekad Kasih Management dan SOP keselamatan di negara tersebut. Untuk makluman pada ketika ini, semua urusan pembelian haiwan, sembelihan, agihan dan laporan diuruskan 100% oleh wakil kami yang berada di luar negara dengan pemantauan penuh dari jarak jauh oleh pihak Tekad Kasih Management.
40. ADAKAH PESERTA AKAN MENERIMA GAMBAR & VIDEO PELAKSANAAN AKIKAH?
Ya, peserta akan menerima bukti pelaksanaan dalam bentuk video atau gambar.