Ibadah Qurban

Ibadah qurban disyariatkan pada tahun ke 2 hijrah. Mengikut istilah fiqh, qurban (al-udhiyah) bermaksud menyembelih haiwan tertentu sama ada unta, lembu atau kambing dengan niat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T, pada waktu tertentu iaitu bermula setelah selesainya Solat Hari Raya ‘Eidul Adha’ (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari tasyriq (11,12 & 13 Zulhijjah) kerana beribadah kepada Allah S.W.T iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Ibrahim A.S yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad S.A.W

Firman Allah S.W.T. lagi di dalam surah al-Hajj ayat 36 bermaksud;

“Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur”.

Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis riwayat Muslim)
Tuan Haji Ahmad Syukri Yussof
tekadqurban.com

Tentang Ibadah Qurban

Secara ringkasnya disenaraikan binatang qurban dan umurnya seperti berikut: Unta 5 tahun, lembu 2 tahun, kerbau 2 tahun, kambing 2 tahun dan biri-biri setahun atau telah gugur gigi hadapannya sesudah ia berumur enam bulan.

Penebus dosa kecuali dosa besar.

  • Mendapat hasanah (kebajikan) bagi setiap bulu binatang korban.
  • Mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah Ta‘ala.
  • Membentuk peribadi ikhlas, sabar, qana‘ah (bersyukur), belas kasihan dan tolong menolong.
  • Penyembuh penyakit: Rohani, fizikal, mental dan sosial
Orang yang mempunyai lebihan harta sebanyak nilaian harga binatang qurban daripada keperluannya dan keperluan orang yang di bawah tanggungannya pada Hari Raya dan hari-hari Tasyri‘.

Kambing untuk seorang sahaja. Unta, kerbau dan lembu boleh dikongsi oleh 7 orang walaupun
berlainan niat.

Harus dibahagikan kepada 3 bahagian:

  • 1/3 fakir miskin,
  • 1/3 Orang kaya dan
  • 1/3 mudhahhi.(Peserta)

Pakej Ibadah Qurban 2023M/1444H