
Badal Haji 1444H / 2023
Mewakilkan ibadah haji atau mengerjakan haji untuk orang lain dinamakan sebagai Badal Haji (Upah Haji).
Jumhur ulamak berpendapat adalah boleh untuk mewakilkan haji ke atas orang yang telah meninggal dunia dan orang uzur yang tiada harapan untuk sembuh.
Antara sandaran pandangan ini ialah berdasarkan kepada hadith yang direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, daripada Ibn Abbas R.A.berkata, seorang perempuan daripada Bani Juhainah datang bertemu Rasulullah SAW, lalu berkata:
‘Sesungguhnya ibuku pernah bernazar untuk mengerjakan haji, namun dia belum mengerjakan haji sehinggalah dia wafat. Adakah aku boleh mengerjakan haji sebagai wakilnya?’ Baginda menjawab: ‘Ya, kerjakanlah haji sebagai wakilnya. Apakah pandanganmu bahawa jika ibumu mempunyai hutang, adakah engkau akan melunaskannya? Tunaikanlah hak Allah, kerana sesungguhnya hak Allah lebih berhak untuk dipenuhi.’”
Pada tahun ini, sekali lagi kami menawarkan perkhidmatan pelaksanaan badal haji.
Harga pelaksanaan Badal Haji pada tahun ini ialah RM3000 sahaja.
Jika tuan/puan berminat untuk membuat Badal Haji atau membuat pertanyaan lanjut boleh terus menghubungi kami.