HARI RAYA AIDIL ADHA 1443H / TAHUN 2022
Ibadah Qurban
Menyembelih korban adalah suatu ibadah yang telah disyariatkan berdasarkan kepada al-Quran, al-Sunnah dan al- Ijma’. Pensyariatan ini telah berlaku sejak tahun ke-2 Hijriyah. Ia adalah tahun di mana turut disyariatkan solat dua hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha), dan juga tahun disyariatkan zakat harta (mal). (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah, 5/75 dan Fiqh al-Udhiyah,hlm. 7)
Maksud ‘berkorbanlah’ di dalam ayat tersebut mengikut pendapat yang paling sahih ialah mengorbankan atau menyembelih binatang-binatang korban. Hal ini sepertimana yang disebut di dalam tafsir Imam Ibn Kathir: “Yang benar bahawa yang dimaksudkan dengan al-nahr adalah menyembelih korban, iaitu menyembelih unta dan sejenisnya.” (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 4/556)
Kami menawarkan pilihan kepada umat Islam di Malaysia dalam pelaksanaan ibadah korban dengan cara mudah tetapi patuh syariah dan dilaksanakan dengan penuh amanah.
Tahun ini kami menawarkan pelaksanaan ibadah korban di 10 buah negara iaitu Burkina Faso Indonesia, Chad, Kemboja, Ghana, Sri Lanka, Kenya, Bangladesh,Uganda dan India.